Kenali Jenis-Jenis Keju & Kebaikan Untuk Kesihatan
Assalamualaikum.
Sambil berehat dan
bersantai, jom kita tambah sedikit info tentang jenis-jenis keju.
Mungkin ramai di antara rakan-rakan pengunjung yang telah mengetahui
dengan lebih mendalam tentang keju, namun begitu Amie ingin kongsikan di
sini untuk tatapan pengunjung yang baru berjinak-jinak menggunakan keju
samada dengan cara membeli makanan sedia dengan keju atau menggunakan
keju dalam resepi.
Ehsan : http://www.ilovecheese.com/
Boleh rujuk blog di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lebih 400 jenis keju di seluruh dunia!
Melalui pembacaan Amie daripada Majalah Sedap Bil 10, Vol 1/2009 sudah
sememangnya keju bukanlah berasal dari negara kita, tetapi kehidupan
sebahagian daripada masyarakat kita sudah sangat rapat malah ada yang
menjadikan keju sebagai salah satu bahan wajib dalam menu harian.
Walaupun harganya mahal, rasa keju yang lemak masin serta aromanya yang
istimewa menyebabkan penggemar keju akan sentiasa teringat akan
godaannya. Keju mengandungi nutrisi berupa protein, vitamin, kalsium,
zat besi, kalori dan lemak.
Peringatan:
Walau pun banyak
kebaikan untuk kesihatan, bagi pengidap laktosa intoleran, keju pantang
dimakan. Kandungan gula dalam susu (laktosa) boleh menimbulkan bahaya
kepada tubuh. Kandungan garam dan lemak yang terdapat pada keju juga
sangat tinggi. Oleh sebab itu, disarankan kepada pengidap penyakit buah
pinggang, jantung, ulu pedu dan penyakit hati sebaiknya mengawal jumlah
pengambilan keju. Bagaimana pun bagi anda yang bebas daripada
penyakit-penyakit yang disebutkan tadi, nikmatilah kelazatan keju dan
perolehilah kebaikannya.
Ehsan : Google
Sejarah Keju
Keju ditemui sejak
ribuan tahun yang lalu. Seorang pengembala lembu menyimpan susu hasil
perahannya di dalam karung yang diperbuat daripada kulit kambing.
Beberapa hari kemudian, seorang musafir telah menemui karung kulit
kambing tersebut yang tertinggal di dalam gua. Oleh kerana musafir
tersebut sangat lapar, ia memakan susu yang sudah berubah bentuk menjadi
ketulan dan rasanya sangat sedap. Itulah asal usul bagaimana keju
terhasil, iaitu melalui proses fermentasi oleh mikroorganisme tertentu
yang terdapat pada karung kulit kambing tersebut. Dan keju mula
dikomersialkan pada awal abad ke 20 dengan ratusan jenis dan tekstur
yang dipelbagaikan.
Cammembert Cheese
Ehsan : Google
Proses Membuat Keju
Pada asalnya keju dibuat melalui tiga peringkat.
1. Koagulasi:
Setelah susu segar dipanaskan (pasteurisasi) kemudian subtansi yang bersifat asid atau kultur bakteria tertentu ditambahkan. Tujuan dari proses ini supaya laktosa akan diubah menjadi asid laktad (asid coagulation) sehingga terbentuknya mendapan atau ketulan yang menyerupai tauhu.
2. Pembentukan dan penggaraman:
Tauhu atau ketulan susu (curd) yang telah terbentuk selama proses koagulasi
kemudian dipadatkan di dalam acuan mengikut kehendak. Peringkat
seterusnya adalah penggaraman. Caranya dengan mencelupkan tauhu susu ke
dalam larutan yang mengandungi garam 250-350 gram perliter air. Tujuan
daripada penggaraman ini ialah untuk mempercepatkan proses pengeringan,
memberikan rasa, aroma dan juga berfungsi sebagai pengawet kerana garam
memperlambatkan proses proliferasi mikroorganisme.
3. Pemeraman atau fermentasi:
Proses kematangan
keju dilakukan sebaiknya di dalam ruang yang kering dengan kisaran suhu
antara 0 - 32'C. Tempoh kematangan ini bergantung dari jenis keju yang
ingin dihasilkan. Untuk keju yang lembut (soft cheese) memerlukan tempoh pemeraman selama 4 minggu, tetapi untuk keju yang keras (hard cheese) memerlukan tempoh selama 2-3 tahun. Selama proses fermentasi inilah, kandungan cita rasa dan tekstur daripada keju akan terbentuk.
Ehsan : Google
Cara Hidangan
Setiap negara
memiliki tradisi yang berlainan dalam menghidangkan keju. Di Itali, keju
dihidangkan sebagai hidangan pembuka manakala di Perancis pula, keju
disajikan setelah hidangan utama. Di Amerika dan Britain, keju
dihidangkan setelah hidangan pencuci mulut. Di negara kita dan juga
Indonesia, waktu sajian tidak ditentukan atau mengikut peraturan
tertentu. Keju boleh diambil ketika hidangan pembuka selera, sebagai
hidangan utama atau sebagai pencuci mulut.
Cammembert Cheese
Ehsan : Google
Jenis Keju
Bahan asas
pembuatan keju ialah daripada susu lembu, kerbau, biri-biri dan kambing
manakala tekstur keju pula dikategorikan menjadi dua jenis iaitu keju
muda atau lembut (soft cheese) dengan kadar kandungan air 36-40% dan
keju tua atau keras (hard cheese) yang mempunyai kadar kandungan air
sebanyak 25-36% sahaja.
Cammembert ialah
jenis keju lembut dari Perancis dan pertama kali dibuat pada abad ke 18
di desa Normandia. Ia diperbuat daripada susu lembu. Teksturnya sangat
lembut dan berwarna krim kuning. Keju Cammembert ini mengandungi lemak
antara 45-50%. Selain dijadikan hidangan meja, keju ini juga sesuai
untuk campuran omellete, inti souffle, pankek dan pai epal.
Ricotta Cheese
Ehsan : Google
Keju Ricotta
berasal dari Itali. Keju yang lembut ini diperbuat daripada susu lembu
yang mempunyai tekstur yang sangat rapuh. Kandungan lemak di dalamnya
sangat tinggi hingga mencapai 65%. Kombinasi rasa yang lemak masin dan
lazat bersama aroma yang harum menjadikan keju ini sangat sesuai
dipadukan dengan pelbagai jenis masakan pasta Itali seperti lasagna dan sapghetti.
Brie Cheese
Ehsan : Google
Keju Brie tergolong
dalam kategori keju lembut berasal dari Perancis. Keistimewaan yang ada
pada keju ini ialah kulit luarnya yang berwarna putih dan bahagian
dalamnya lembut mencair. Aromanya tajam dan kandungan lemaknya setinggi
45%. Keju Brie sangat sesuai digunakan sebagai bahan campuran salad,
dimakan bersama buah zaitun ataupun pickle.
Cream Cheese
Ehsan : Google
Kita boleh menemui
dua jenis krim keju. Double Cream Cheese biasanya merupakan pilihan
pertama dengan kandungan lemaknya sebanyak 65% manakala krim keju pula
hanya mengandungi 45% lemak. Krim keju berbeza dengan jenis keju yang
lain kerana ia mengandungi rasa sedikit masam. Biasanya keju jenis ini
digunakan untuk hidangan pencuci mulut seperti kek keju, inti pie atau
dimakan bersama potongan buah-buahan.
Mozzarella Cheese
Ehsan : Google
Mozzarella
merupakan keju Itali yang asli menggunakan susu kerbau liar. Keju lembut
ini mengandungi lemak antara 40-50% dan amat spesifik sifatnya.
Mozzarella akan mencair ketika dibakar dan sangat sesuai untuk dijadikan topping pizza ataupun fritata.
Edam Cheese
Ehsan : Google
Salah satu keju
yang sangat terkenal ialah keju Edam yang berasal dari Belanda.
Teksturnya keras bersama aroma yang seakan kacang dengan kandungan lemak
sekitar 40%. Edam berbeza dengan keju yang lain kerana keju ini
sentiasa kemas dibungkus menggunakan lapisan lilin berwarna merah. Keju
Edam sangat sesuai untuk campuran kuih kering seperti aneka biskut
kering atau taburan untuk hidangan bakar.
Parmesan Cheese
Ehsan : Google
Keju Parmesan
merupakan salah satu keju jenis keras dari Bandar Parma,Itali. Keju ini
berbentuk selinder dengan warna kuning muda. Teksturnya yang keras
sesuai untuk dijadikan parutan keju. Aromanya cukup tajam kerana proses
pemeramannya yang sangat lama, antara 14 bulan hingga 4 tahun. Parutan
keju Parmesan sangat sesuai untuk dijadikan taburan pizza, sup atau pun
olahan pelbagai jenis pasta. Keju Parmesan mengandungi lemak sekitar
61%.
Cheddar Cheese
Ehsan : Google
Keju Cheddar paling
mendapat tempat dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia. Keju yang
berasal dari British ini mempunyai rasa yang sedap manakalanya aromanya
tidak terlalu tajam menjadikannya sesuai untuk dihidangkan dengan apa
sahaja jenis masakan termasuk hidangan kaserol, sup, inti sandwich dan
salad. Keju ini mengandungi 48% lemak dengan tempoh pemeraman selama
9-24 bulan.
Emmenthal Cheese
Ehsan : Google
Keju Emmenthal
berasal dari Swiss dan merupakan sejenis keju keras yang sangat popular.
Emmenthal mempunyai sifat yang berbeza berbanding keju yang lain kerana
bentuknya unik jika dipotong dan kelihatan lubang-lubang yang terbentuk
semasa proses pemeraman. Keju kegemaran ramai ini mempunyai rasa yang
sangat lembut dan kaya dengan aroma yang menyelerakan. Emmenthal sesuai
disajikan sebagai hidangan meja disertai segelas minuman
anggur.
http://salamisimon1.blogspot.com/2012/12/kenali-jenis-jenis-keju-kebaikan-untuk.html













Tidak ada komentar:
Posting Komentar